Syeikh Yusuf Qaradawi Temui Anwar Ibrahim di Turki
[PORTAL-ISLAM.ID] Ulama terkemuka dunia Islam, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih berada di Turki dan sedang mejalani perawatan daripada pembedahan bahu pada 21 Juli 2018.
Kata Anwar, ziarah Syeikh Qaradawi itu adalah susulan perutusan surat kepadanya ketika beliau menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) baru-baru ini.
“Hari Jumaat lepas (21 Juli) saya telah meluangkan masa bersama-sama Syeikh Yusuf al-Qaradawi yang turut berada di Turki.”
“Qaradawi turut menambah betapa dakwah perlu disemarak untuk mendalami kefahaman Islam dan menolak fanatisme kelompok (assabiyah) yang angkuh lagi jumud.”
“Dukungan berterusan ini pastinya amat bermakna buat saya. Semoga Syeikh Yusuf al-Qaradawi terus diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindunganNya,” kata Anwar melalui akun Facebooknya.
Dua hari sebelumnya Anwar menerima kunjungan Menteri Kesehatan Turki, Dr. Fahrettin Koca dan bekas Perdana Menteri Turki, Ahmed Davudoğlu.
Sebelumnya, pada 20 Juni, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan istrinya menyempatkan diri menjenguk pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pimpinan koalisi Pakatan Harapan yang memenangkan Pemilu Malaysia beberapa waktu lalu.
Anwar telah mendapat pengampunan Raja Malaysia dan bebas dari penjara, dan diperkirakan dalam tempo 2 tahun lagi akan menggantikan posisi Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Hari Jumaat lepas saya telah meluangkan masa bersama-sama Syeikh Yusuf al-Qaradawi yang turut berada di Turki. Ketika...
Dikirim oleh Anwar Ibrahim pada Senin, 23 Juli 2018