5 Sebab Mengapa Israel Takut pada Brigade Al-Qassam

Sebab Mengapa Israel Takut pada Brigade Al 5 Sebab Mengapa Israel Takut pada Brigade Al-Qassam
5 Sebab Mengapa Israel Takut pada Brigade Al-Qassam

Brigade Al Qassam adalah sayap ketenteraan HAMAS mempunyai 30.000 keanggotaan.

Israel laknatullah pula yang kononnya diakui menduduki tempat ke-4 Tentera terbaik dunia memiliki keanggotaan 720.000 orang masih belum mampu meranapkan pertahanan Briged Al Qassam.

Perlu ingat, Israel memiliki keupayaan ketenteraan yang canggih dan mempunyai sekutu rapat yang memberi dana dan sokongan padu kepada mereka.

Umpama langit dan bumi bukan kalau dinilai kedua dua pasukan.

Walau bagaimanapun, Israel masih gagal mengambil tanah Gaza walaupun sejengkal!

Ini rahasia kekuatan Brigade Al Qassam:

1. Keberanian komando Al Qassam dalam strategi peperangan

Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al Qassam. Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan tank Israel dengan alat kawalan jauh.

2. Penubuhan skuad Amfibia Al Qassam

Buat pertama kali dalam sejarah, negara haram Israel dapat ditembusi melalui jalan laut. Mereka berjaya menyelinap ke sebuah kem tentera dan melakukan serangan darat secara berdepan.

3. Roket R-160 yang mampu sasar jauh

Roket ini mampu menjangkau sehingga 160 km dan berjaya dilancarkan ke Haifa, bahagian paling utara negara haram tersebut. Tiada lagi tempat selamat untuk rakyat Israel.

4.  Senjata penembak tepat ‘GHOUL’ buatan sendiri

Sniper yang diberi nama Ghoul mampu mencapai jarak sejauh 2 km sedangkan sniper biasa hanya mampu pergi sejauh 1 km sahaja, Senjata ini dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik.

5. Pelancaran pesawat tanpa pemandu (drone)

Sekali lagi Israel dimalukan setelah Ababil, nama pesawat tanpa memandu pertama Briged Al Qassam membuat tinjauan udara di tanah haram israel.

Kehebatan ini diakui sendiri oleh Israel hingga terpaksa menanggung rugi dan malu teramat. 

Ayuh kita doakan kemenangan buat umat Gaza dan Palestin.

(By @aliffnzrin)

Share Artikel: